Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 21 Ogos 2015

Mudahnya Masak Asam Pedas Dengan Noxxa

Assalamualaikum,

Ini kisah semalam apabila tekak teringin nak makan asam pedas. Satu-satunya masakan yang aku jarang masak. Mungkin kerana anak-anak tidak gemarkannya dan kalau masak pun aku dan en suami sahaja yang tukang makan dan perabis. Tapi kalau asyik masak gulai atau kari kadang-kadang bosan juga jadi aku pun minta en suami belikan ikan pari dan bahan-bahan untuk masak asam pedas. Sebenarnya aku tak tahu resepi asal asam pedas macamana cuma dalam fikiran terbayangkan rasa masam-masam manis dan dah namanya asam pedas kena lah ada daun kesum dan bunga kantan!

Ada setengah orang letak serai, belacan dan kalau versi kelantan letak lengkuas dan terus rebus tanpa perlu tumis. Macam-macam versi jika di google boleh aje cuba resepi mana yang berkenan di hati. Macam aku ni ikut apa bahan yang ada di dapur dan ikut sedap anak tekak Klate aku :)

Meh kita tengok apa bahan-bahannya :

- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar cili boh (nak pedas lebihkan)
- 3 keping asam keping (selalunya orang guna air asam jawa tapi rumah aku takde jadi gantikan dengan cili boh)
- 1 biji tomato
- 5 biji bendi
- 1 ikat daun kesum
- Isi ikan pari (nak potong kecil-kecil pun boleh)
- garam & gula sebagai perisa

Cara-cara :

- Kisarkan bawang merah & bawang putih bersama (aku tumbuk je)
- On kan plug Noxxa dan tekan mod STIR FRY
- Tumiskan bawang merah, bawang putih bersama cili boh sehingga naik bau. Periuk Noxxa ni cepat panas jadi kena kacau selalu atau bila dah masak tu terus OFF kan dulu supaya tidak hangit.
- Masukkan air, isi ikan pari, tomato yang di belah 4, bendi, daun kesum, garam & gula.
- Tutup rapat dan set kan HP5 kali. Tekan START dan halakan tombol ke tekanan.
- Apabila siap, keluarkan wap dan asam pedas ikan pari sudah siap untuk dimakan. Kalau tak nak sayuran terlalu lembik boleh masukkan kemudian selepas selesai HP kuah ikan dulu.
- Selalunya kalau guna dapur gas memang isi ikan akan kenyal atau keras sedikit jika tak dimasak lama tapi dengan menggunakan Noxxa isi ikan lembut sampai ke tulang. Wah! Best tau :)

 
Yang penting anak-anak cuba makan dengan nasi & kuah sahaja lepas itu cakap sedap. Anak-anak aku memang jenis makan nasi dengan kuah, jadi selalunya kalau masak memang kena lebihkan kuah. Takpelah kalau masak cair-cair sedikit asalkan cukup kuahnya :)

Hari ini pula aku masak gulai ikan talang masin dan nenas. Wallah! Sedap sampai makan bertambah-tambah. Tapi tak guna Noxxa sebab selalunya kalau masak ikan rasanya tak perlu gunakan Noxxa. Anak-anak aku memang jenis makan nasi dengan kuah sahaja jadi memang laku sangatlah lauk hari ini. Setiap anak lain perangainya; Haziq ni makan banyak nasi dan lauk semua makan, Husna pula jenis makan nasi dengan kuah sahaja sampaikan kalau balik kampung mak saudara yang bagi lauk dengan Husna pelik sebab Husna pulangkan balik lauknya, hanya nak kuah sahaja :)
Ashraf pula jenis makan lauk sahaja dan agak liat untuk makan nasi. memilih sangat kalau lauk warna merah dia tak nak makan sebab pedas katanya. Azzam pula makan nasi dengan kicap sahaja. Yang ni risau juga sebab tak makan lauk, nanti tak cukup nutrisi pula :P Tapi takpe kita top up dengan bagi vitamin pula betul tak?


Bahan-bahan untuk gulai ikan talang masin & nenas :

- isi ikan talang masin (direndam)
- santan (aku beli 1 plastik isi kelapa kemudian rendam air panas dan kisar. Dapat 1 periuk sederhana, jangan terlalu pekat jangan terlalu cair)
- 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih & sedikit lengkuas dikisar
- 1 sudu serbuk kunyit & 2 sudu cili boh
- 2 keping asam keping
- nenas yang dipotong & timun
- garam & gula

Cara-caranya :

- Jerangkan santan. Masukkan bahan kisar dan serbuk kunyit serta cili boh
- Masukkan asam keping sambil kacau-kacau kuah supaya tidak meluap keluar dari periuk
- Masukkan isi ikan, nenas & timun
- Masukkan garam & gula

Siap untuk dihidangkan. Mudah bukan?

========================================================================
ULASAN PELAJAR KELAS ASAS BLOG & FANPAGE (MULA BISNES)

Diam tak diam sudah tiga dekad lebih usia ini. Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah tujuh bulan saya menjadi working at home mom (WAHM). Banyak suka, duka, tangis dan tawa yang ditempuhi sepanjang tempoh ini. Menguruskan anak-anak sambil bekerja memang bukan sesuatu yang mudah tetapi ini jalan yang saya pilih demi untuk membesarkan anak-anak tanpa jagaan orang lain.

Menyingkap kenangan apabila saya buat pertama kali menyatakan hasrat untuk berhenti kerja kepada teman sepejabat, pelbagai respon yang diterima. Rakan-rakan rapat menggalakkan tetapi bagi mereka yang agak berumur mengkritik hebat keputusan yang saya buat. Ada yang kata saya tidak fikir panjang, buat keputusan terburu-buru, mana boleh berniaga dengan anak-anak kecil dan tidak kurang juga yang melaga-lagakan saya. Bagi mereka tiada istilah ibu bekerja dari rumah. Saya pula pada masa itu, hanya senyum dan pergi. Tidak mahu memanjangkan atau bertengkar dengan mereka. Biarkan sahaja. Itu pandangan mereka. 

Mulai dari saat itu saya berusaha untuk memajukan diri sendiri. Saya ada terfikir berkemungkinan ada komuniti bagi WAHM ini tetapi langsung tidak tergerak hati untuk mencari di internet sehinggalah saya terbaca satu artikel yang di tulis oleh salah seorang ahli WAHM atau lebih dikenali sebagai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Tertarik dengan perkongsian artikel tersebut saya terus mencari artikel-artikel berkaitan dengan ABDR dan cara untuk mendaftar sebagai ahli. Di situlah titik mula saya bersama ABDR. Saya kemudian diperkenalkan dengan Cikgu Zaila Mohamad bagi penulisan blog dan fanpage. Di bawah bimbingan guru online saya diajar untuk membina blog yang berpengaruh, menggunakan bahasa yang betul dan menulis dari hati. Saya juga diajar untuk membina fanpage untuk beriklan dan berniaga.

Bagi saya membina sebuah blog adalah mudah, tetapi untuk menjadikan blog tersebut berpengaruh itu yang sukar. Di dalam kelas ini juga saya banyak diberi tips-tips yang mudah dan seterusnya membantu saya menulis dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Sering kali kami diingatkan, niat untuk menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk atau syok sendiri. Menulis kerana ilmu dan dapat dikongsikan bersama. Banyak sebenarnya yang saya dapat pelajari daripada yuran yang tidak seberapa ini. Sangat berbaloi. Pelajar diwajibkan untuk menulis sebanyak 44 entri di dalam blog sebagai tugasan. Ada rahsia di sebalik 44 entri ini, supaya enjin carian senang mengesan blog kita. Tetapi bukan hanya 44 entri sahaja, lagi banyak kita menulis lagi tinggi kedudukan blog kita di enjin carian. Kan seronok bila orang google sahaja berjela-jela nama blog kita keluar. Itulah fungsi asas 44 entri tersebut.


Daftar melalui :

E-mel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

1 ulasan:

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

terliur pulak tgk gulai ikan talang masin tu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^