Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 24 November 2011

Resepi Gulai Ketam Versi Zaila~lalalalaa

Aku tak tahulah betul ke tak nama menu yang aku buat ni..Kalau orang Kelantan, semua dibantai gulai..gulai kawah, gulai daging, gulai ikan..agaknya gulai ni maksudnya masak sesuatu dengan santan kot?? Hehehe

Tak kisahlah nama apa pon..yang pasti aku nak share kat sini resepi gulai ketam yang aku buat tempohari..Ketam ni en suami belikan nun jauh dari Labuan..merasalah aku makan ketam isi penuh lagi tersohor tu *ntah apa yang tersohornya pon aku taktau*

Bahan-Bahan :

- of courselah kena ada ketam kan..kalau takde ketam, udang pon boleh tapi nanti nama kena tukar jadi gulai udanglah kan:P
- santan
- bawang merah
- lengkuas
- cili boh / lada kering
- serbuk kunyit
- garam, gula & serbuk perasa

Cara-cara :

- Aku rebus dulu ketam tu then potong dua, senang nak masak sket
- Panaskan santan, sambil tu blend bawang merah, lengkuas, cili kering sampai hancur
- Masukkan ke dalam kuah santan, masukkan juga serbuk kunyit
- Sambil-sambil tu kacaulah kan, sambil tu masukkan garam, gula, serbuk perasa sket
- Bila dah mendidih tu, masukkan ketam
- Petua mak aku, kalau nak bagi kuah pekat, dia masukkan sebiji telur dalam kuah tu..perghhh..tapi haritu aku buat kuah agak pekat so tak payah nak tambah telur dah..

jemput makan semua!!!

4 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

Kalo kat utara gulai=kari..mcm ko masak ni panggil masak lemak..terliur aku wei..sodapnya..

Lady Ija berkata...

sedapnye ketam....

zailamohamad berkata...

DaZzlingLiLy,

hahaha iya ke?? main belasah je aku bagi nama..memang sesap ketam Labuan ni, isi penuh2 kooooo

Lady Ija,

salam perkenalan..memang sedap!!

fazlianaliza wan jusoh berkata...

Sis,
Kalo rebus dulu ketam nnti air ketam dah xde la dlm kuah nnti. So better masuk dlm kuah terus ketam tu. Bru rasa manis air ketam tu. Just sharing pendapat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^