Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 7 Oktober 2010

REsepi Makaroni Bakar Versi Zaila~lalalalalaaa

makaroni bakar yang sikit lagi nak hangus;D


Bahan-bahan (untuk satu loyang besar);-
- 1 peket makaroni (rebus & toskan)
- 1 plastik daging cincang (goreng ahulu)
- 1 tin cendawan butang (hiris nipis-nipis)
- 1 botol sos spaghetti Kimballs (kalau nak pakai tomato puree pon tak apa)
- Bawang besar & bawang putih dipotong dadu (sukatan ikot suka)
- susu segar (2 cawan)
- 2 biji telur
- sos cili
- lastly lots of cheese,kalau boleh cheese yang dah diparut tu

Cara-cara;
- tumiskan bawang besar & bawang putih
- masukkan sos spaghetti Kimballs tu
- masukkan daging kisar & cendawan butang
- masukkan makaroni, gaul hingga sebati
- kalau nak bagi pedas sket, bolehlah letak sos cili
- Zaila letak sedikit mixed herbs yang ada oregano, rosemary & herba yang seangkatan dengannya
- pastu bolehlah masukkan ke dalam loyang yang nak dibakar tu
- pukul telur & susu segar kemudian curah dalam loyang, agak-agak sama paras dengan makaroni tu
- pastu tabur cheese segenap ruang loyang tu
- bakarlah pada suhu 200 degree selama makaroni kekuningan so kena selalu tengoklah ya!!
- ops lupa nak cakap, garam gula tu kenalah tambah sebagai penambah perisa ya, masakan apa-apa pon kena tambah benda alah ni, kalau tak..tak sodap!!

3 ulasan:

Tihara berkata...

wow sedap nye mknn omputih ni :)

mohdandmeriam berkata...

salam zaila..em..nampak sedap je makaroni bakar you tu..
betul garam gula tu penambah seri dan kelazatan dalam makanan.hehe..

zailamohamad berkata...

Tihara, cubalah!!

salam untie, rindunya dengan untie;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^