Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 7 Julai 2015

Resepi Pemanis Mulut Butir Nangka


Assalamualaikum,

Jangan marahlah kalau bulan-bulan puasa ni asyik tayang gambar masakan pastu konon-konon kongsi resepi. Eh iyalah, sebab idea nak berblog sudah beku apakata kita kongsi sahaja resepi mudah supaya lebih ramai ibu-ibu di luar sana yang akan memasak untuk keluarga. Sebenarnya nak masak ni tak susah pun cuma kita selalu merumitkannya dengan berfikir macam-macam. Eh betul ke aku buat ni? Eh nak bubuh apa lagi? Eh malaslah nak kemas! He he Sebenarnya itulah punca sebenar ramai yang lebih memilih untuk makan di luar iaitu malas nak kemas atau kotorkan dapur.

Memandangkan dapur Kak La memang bersepah setiap masa, sebab itu lah aku suka masak sendiri :P

Ahad yang lepas ada buat majlis berbuka puasa untuk kawan-kawan. Macam biasa lah mereka mesti nak makan nasi kerabu, jadi aku buat nasi kerabu, lauk ayam percik. Kawan-kawan aku pula bawa daging goreng Noxxa (hehe berjaya juga meracun kawan aku beli Noxxa), ikan celup tepung dan sorang kawan lagi bawa pulut durian. penuh satu meja makan rumah aku ni (hint bila nak beli meja baru). Aku ada buatkaan pemanis mulut kegemaran aku iaitu "butir nako". Nama kuih ni dah memang macam tu jadi jangan tanya kenapa dipanggil "biji nagka"

Resepi ini ikut resepi mak mertua aku. Teringat dulu masa duduk Johor dan mengandungkan Haziq aku teringin nak makan, en suami terus telefon mak dia dan tanya macamana nak buat. Ooo senang aje rupa-rupanya. Itulah, kalau tak belajar selamanya tak tahu.

Bahan-bahan :

- Tepung pulut
- Pewarna kuning, merah atau mana-mana warna yang ada (nak biarkan putih pun boleh juga)
- Air
- Sedikit halba
- 1 plastik santan segar
- Gula / nise
- Daun pandan

Cara-caranya :

- Panaskan 1 periuk air sehingga mendidih.
- Sambil-sambil tu bancuh tepung pulut dan air sehingga menjadi segumpal (tak lembik tak keras). Asingkan ikut warna.
- Gentel kecil-kecil (lonjong) dan masukkan dalam air mendidih
- Biarkan sampai benda tu naik ke permukaan. Teknik ni sama aje macam nak buat kuih onde-onde cumanya kita gentel kecil
- Dapur satu lagi panaskan santan, masukkan daun pandan. Pastikan api kecil supaya santan tidak membuak.
- Masukkan gentelan yang sudah naik di permukaan air ke dalam periuk yang ada santan.
- Masukkan halba, gula dan sedikit garam.
- Buat sehingga habis semua tepung pulut tu.
- Siap untuk dihidangkan. Kalau nak sedap masa makan tu masukkan ketulan ais, hehe

Mudah bukan? Tak tahu lah resepi orang lain macamana tapi aku kira yang senang-senang aje, janji boleh ditelan oleh anak tekak aku :P

Selamat mencuba!

1 ulasan:

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

has pernah gak buat. tp buat color hijau aja

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^