Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 2 April 2015

Resepi Sira Ubi Kayu Paling Mudah

Assalamualaikum,

Lambat sikit Kak La update blog hari ini. Ini semua penangan GST lah! Habis mood aku ke laut hokeh! Opsss GST pula dipersalahkan ya padahal dah takde modal gambar nak cerita apa. Maklumlah sejak duduk rumah ni hanya pada hujung minggu ajelah ada gambar aktiviti keluarga, itupun kalau ada. Kalau tak memangler kehabisan modal untuk update blog ya.

Tapi jangan risau, aku kan blogger tegar suam-suam kuku. Mana yang boleh diceritakan dalam blog semua aku hangkut masuk blog ini. Sampaikan resepi nak buat sira ubi kayu pon nak tulis dalam blog. Paling senang resepi inilah, main campak-campak dan ngap sahaja, tak percaya? Sila lah tengok bahan-bahannya :

- Ubi kayu potong pendek
- air
- gula / nise (gula melaka)

Dah itu sahaja. Rebus ubi kayu tu sampai masak, agak-agak air dah nak kering masukkan nise atau gula. Tunggu sampai pekat kuahnya. Siap!


En suami cakap aku orang kampung sebab suka makan masakan kampung. Kalau dulu masa kecil mana nak layan ubi kayu ni. Paling tak suka bila mak rebus ubi kayu buat hidangan petang. Ape kelas makan ubi kayu kan? Tapi sekarang, menu ini lah yang menjadi nostalgia sekali. Hari itu terlihat emak teman facebook muat turun gambar ubi kayu rebus makan dengan sambal bilis. Terus teringin nak makan, Whats App lah en suami minta belikan di gerai tepi jalan (selalunya memang ada jual sebab aku ni tinggal kat kawasan kampung juga, kalau tak pun Econsave depan rumah memang ada jual) tapi orang tu dah lama tak jual ubi kayu. Alahai frust juga:(

Sekali petang Ahad tu dalam perjalanan nak ke Banting terjumpa gerai jual produk kampung seperti ubi kayu, ubi keladi, keledek, jagung dan macam-macam lagilah. Syok, terus singgah beli dan yang penting murah-murah. Suka tau! Nanti kalau nak pergi Banting nak singgah beli lagi lah buat stok kat rumah ni. Al maklumler aku kan orang kampung. Eh bukan aku je suka, Aini pon sama, dia bagitahu kat kampung dia ubi kayu buat gulai tempoyak. Tak dapat nak bayangkan macamana? Aku tanya ke pucuk ubi kayu? Dia cakap bukan, ubi kayulah. Hermm, nak percaya ke tak ni ha? HAHA

Sekian sahaja edisi tayang gambar masakan hari ini. Yang ini tak guna periuk Noxxa ya, yang ni masak atas dapur sahaja memandangkan tak banyak.

Iklan sat :

Ingat tak dulu aku pernah kongsikan perniagaan Spaghetti Shack dalam segmen iklan di blog ini (boleh baca sini entri tersebut). Sekarang ini empunyanya sudah memiliki sebuah restoran di Alam Megah yang diberi nama Pak Don Nasi Lemak. Insya Allah jika aku dah cuba nanti aku review dalam segmen Jalan-Jalan Cari Makan di blog ini ya (sebenarnya tengah tunggu tokei belanja ni) :P

Oh, lupa nak cakap sekarang ini Kak KC menerima tempahan sarapan pagi untuk hari Ahad sahaja bagi kawasan sekitar Kota Kemuning dan Alam Impian. Harga sebungkus nasi lemak bungkus daun pisang RM2 & nasi lemak ayam rempah RM5.


Tapi yang pasti frozen lasagna kak KC memang menjadi idaman perut kami sekeluarga. Tempohari aku beli 2 memang licinlah kami makan (faham-faham jelah anak-anak semua sukakan makanan macam ni).


Satu bekas macam ni harganya RM25. Ada bekas kecil untuk kanak-kanak tapi aku lupa harga berapa. Memang sedaplah! Home-made dibuat sendiri oleh Kak KC yang aku kagumi ni. Kenapa? Sebabnya KC ni bukan sahaja ada syarikat konsultansi iaitu KC Design Consultants Sdn Bhd pastu ada lagi kedai makan pastu pandai pula masak pastu pandai pula hisa rumah. Pendek kata, kak KC ni tak reti duduk diamlah cari duit (katanya nak beli Ferari) Aamin moga cepatlah KC dapat pandu ferari hantar lasagna p rumah aku ya :)



Follow Instagram : Dons_Kitchen

Pada sesiapa yang mahu mencuba nasi lemak dan makanan barat Dons Kitchen, sila ke Shah Alam Seksyen 28 bersebelahan Dewan MBSA. Buka setiap hari kecuali tutup hari Isnin. 

Selamat mencuba!


1 ulasan:

Dil berkata...

Pandai. TAK kisah lah org kampung ke org bandar ke janji pandai msk...jadi org bandar tapi bodoh bab masak, rugi kan jd org bandar...hihihiii

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^