Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 6 Disember 2012

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Versi Mek Ila~Lalalala

Assalamualaikum semua,

Hari ni rasa macam nak share resepi ikan cencaru sumbat sambal dengan korang..Siapa tak kenal ikan cencaru?? ikan jaket kenal?? ikan kerongan bak kata oghe Klate..kenal tak?? tok kenal?? kalau macam tu konpem korang buta ikan:P LOL

Dulu-dulu masa kecik aku cukup tak suka makan ikan ni..kalau mak aku masak konpem tak lalu makan nasi..Mana taknya, sebab ikan ni ada kulit yang tebal..agaknya sebab itulah orang panggil ikan jaket (kot) sebab kulit dia tu macam jaket kan?? Sekarang ni ikan ini adalah yang paling murah di Econsave (HAHAHA) & paling segar antara ikan lain. Kalau nak tahu, ikan ni orang dalam pantang pon boleh makan so nanti senang..tahu dah nak cari kat mana:P

Eh panjang pula intro aku ya..so kat bawah inilah rupa ikan cencaru..resepi ini aku ubahsuai sendiri mengikut bahan-bahan yang ada di dapur..Meh cuba buat


Bahan-bahan :
- ikan cencaru lah kan (dibelah bahagian atas)
- beberapa tangkai cili kering
- bawang merah 2,3 ulas
- bawang putih seulas
- kelapa parut (nyior??)
- garam & gula & serbuk kunyit

tu je..kalau nak tambah belacan pon boleh tapi aku tak suka so tak tambah apa-apa..

Cara-cara :
- kisar cili kering, bawang merah & bawang putih sampai lumat (eh lumat ke hancur eh?)
- dalam kuali panaskan minyak & tumis bahan kisar tadi sekejap
- masukkan garam & gula
- masukkan nyor (kelapa parut) sampai kelapa sebati dengan sambal (warna merah sekata)
- biarkan sejuk
- ikan tadi dilumurkan garam kunyit ya dulu then bila sambal sejuk, sumbatlah sepenuh-penuhnya ikan tu
- lepas tu bolehlah nak bakar / goreng ikan-ikan tersebut

Aku pilih goreng sebab aku sukakan isi kelapa yang hangit-hangit..kalau bakar pon sedap juga..dulu kalau seingat aku mak aku tambah isi ikan dalam sambal tu so rasa macam isi solok lada sket..memang sedap makan masa bulan puasa #kenangansungguh!


inilah rupa ikan selepas digoreng..memang tak gelemer langsung tapi bak kata Anita Sarawak "jangan pandang sebelah mata" ececece

Selamat mencuba!!!

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

2 ulasan:

CeqGu berkata...

kita sama la zaila, anis dulu tak suka jugak ikan jaket ni....tapi sekarang kalau ada depan mata, ratah jugak ikan tu. kalau masak macam zaila ni lagi la suka nak makan....next time bleh try. nampak sedap tu

Hada Masayu berkata...

ok, terbaekkk!!..nanti aku try, test ikut resepi mung ;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^