Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 31 Oktober 2011

Resepi Sizzling Mee Versi Mek Ila~Lalalalaaaalaaa


Ni resepi mudah bagi aku yang bekerja..Sampai rumah pon dah pukul berapa kan so nak kena masak cepat-cepat agar dah tak melewati dinner time..Kang siap masak pukul 9 malam kan hover sangat..tu pasai badan gemuk takmau turun-turun:P

Bahan-Bahan :-

- 2 ulas bawang putih main ketuk aje
- isi ayam
- hirisan cendawan shitake (beli yang dah hiris then rebus sekejap untuk lembutkan / rendam air panas)
- cili kering (gunting then rendam air panas) tak nak pakai cili kering pakai cili merah pon boleh
- kiub pati ayam (aku pakai separuh je) kalau tak ganti ngan air rebusan ayam
- sos tiram
- kicap manis tapi kalau nak sedap pakailah kicap pekat
- tepung jagung
- sayur sawi jepun (lerai satu-satu then cuci bersih-bersih)
- yee mee (ala mee kuning hak keras tu)

Cara-cara aku main campak-campak je..biaserlah chef kan:P

- tumiskan bawang putih dengan cili kering (atau cili merah) sampai kekuningan
- masukkan ketulan ayam, cendawan shitake yang dah direbus
- masukkan air rebusan ayam (kiub pati ayam + air)
- masukkan sos tiram, kicap pekat, garam gula..Kalau dah letak banyak sos tiram tak payahlah masukkan garam, kang masin kedaung kuah korang nanti
- pastu bancuh tepung jagung masukkan dalam kuah tu
- pastu basuh mee siap-siap, then masukkan dalam kuah tu (make sure kuah banyak ah sket..kalau kuah sikit nanti mee tu akan menyerap kuah tu last-last jadi mee goreng kering lak sizzling mee korang)
- pastu letaklah sayur sawi tu..
- siaplah..sekejapan kan??

selamat mencobaaaaaaa

3 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

ini mmg menarik ..

hubby sgt suka makan sizzling mee..harus try ni..

tq

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

nmpk sgt sedap ok. nk kena cuba resepi ni. our fave gak ni

Zaila Mohamad berkata...

Lynn, cubalah..senang bangat!!

Joy, make sure cuba;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^