Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 30 Januari 2013

Resepi Mudah Roti Pizza


Assalamualaikum,

Semalam aku upload gambar di atas dalam facebook, ramai pula yang tanya macamana nak buatnya..So share kat sini sekali kot-kot ada juga reader yang malas macam aku ni nak buat:P

Anak-anak aku memang suka makan, tapi tak gemuk-gemuk juga..Agaknya metabolisme diorang masih tinggi..Lepas makan, main pastu makan pastu main..Sekejap-sekejap nak makan..Kesian en suami kerja dia beli stok makan untuk anak je..Balik kerja penat-penat buka peti semua makanan dah habis dingap oleh anak-anak T_____T *ituler siapa suruh nak anak ramai* kuikuikui

So nak buat roti pizza ni senang aje, tak payah nak uli doh pizza..guna aje segala benda yang ada di dapur tu..Kalau boleh beli ready made doh untuk buat pizza tu lagi best..tapi kalau takde, jangan risau..kita gunakan roti gardenia tu aje!! Kalau nak pakai roti pita pon boleh (aku selalu beli di Giant yang dah siap tu)

Cara-cara senang bangat; sapukan minyak zaitun di atas dulang pembakar..tak nak sapu minyak zaitun pon takpe, sapu marjerin ke, minyak masak ke..janji roti tak melekat..Lagi satu bila kita bakar nanti bahagian bawah roti akan jadi keras macam roti bakar gitteww..Lepas tu sapukan sos tomato di atas roti (kalau ada tomato puri pon boleh) then letakkan hirisan sosej, cendawan butang & taburkan mzarella cheese..kalau takde mozarella cheese, letak cheesedale sekeping tu pon boleh..janji cheese..kalau cheese yang diparut halus lagi bagus sebab nanti bila bakar cheese tu akan mencair seperti yang kat atas pizza tu tapi kalau takde, belasah je apa jenis cheese pon:P

Kemudian bakar dalam oven api atas bawah selama 15-20 minit pada suhu 200 darjah..tapi korang tengok-tengoklah juga takut terhangitsss..

Oklah, senang kan resepi ni..bukan setakat senang, anak-anak konpem suka..mak bapak pon bleh tumpang makan sama:)

5 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

A'ah lah btul gak,snang giler tak payah pakai roti yg kena uli bagai.aku ni kdg ada bahan semua seafood cukup tp sbb takde roti taktau nk wat camna.hehe

Tie HT berkata...

wahh sedapnye roti dia

tuto ads tu saya rujuk link blog ni..
http://karukordjagaus.blogspot.com/2012/04/html-code-pasang-kotak-iklan.html :)

Unknown berkata...

wahhhhh!!!! Wajib dicuba ni! thanks for idea..ni resepi sepantas kilat utk anak2 <3

QA's ~ mamapapa berkata...

mcm senang plakkn..bolehla try buat nanti2 ,eheheh!!slaam kenal..jmput follow kmbali :))

mama leen berkata...

oh sedapnya.. macam nak buat petang ni.. :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^