Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 6 Mac 2012

Lupa Nama Resepi Tapi Masih Guna Tortilla:)

Assalamu'alaikum,

Owh aku ni dah boleh buat resepi tortilla bersiri dah gamaknya! Well what to do..tortilla is a MUST a HAVE food in our monthly groceries:)

Oklah, haritu masa blogwalking di blog Iza (The Pink Stilettos), terjumpa resepi yang menggunakan tortilla..so apalagi teruslah aku cuba..Kalau nak tahu namanya, bolehlah singgah ke sini tengok resepi tu..Aku nak taip pon panjang banget tapi rasanya ini resepi Mexico..jangan memain koooo..Ahkah pandai masak resepi latin taaaauuuu:P


introducing ~ quesadillas & picco de gallo versi aku sebab aku buat ikut suka & bukannya ikut resepi asal *entah apelah maksudnya nama resepi ni kan*

Bahan-bahan :

- isi ayam (bahagian dada)
- capcicum hijau (potong dadu / panjang)
- tomato (dadukan)
- bawang besar (potong dadu)
- bawang putih (racikkan)
- minyak zaitun
- daun parsley (aku takde so tak bubuh)
- garam & lada hitam
- roti tortilla 
- keju mozarella
- perahan lemon

Cara-cara :

- panaskan minyak zaitun, masukkan isi ayam, taburkan garam & pepper (lada hitam & sulah)
- masukkan bawang besar, bawang putih, tomato, capcicum & daun parsley. masak sampai sayur layu
- masukkan perahan lemon (kalau tak nak pon takpe)
- bila ayam dah masak, angkat & ketepikan

- panaskan kuali lagi (kalau boleh frying pan yang jenis non stick pan)
- letakkan roti tortilla & taburkan keju memenuhi permukaan roti tu
- pastikan api perlahan ya, kalau tak hangit pula roti tu
- lepas tu letakkan isi ayam yang sudah digoreng tadi atas tortilla
- then letak keju lagi, lepas tu tutup dengan another tortilla
- balikkan tortilla sambil-sambil tekan tortilla tu so bila keju cair, tortilla akan melekap to each other *faham*
- bila dah rasa tortilla masak *sendiri rasa* angkat
- potong & hidangkan bersama sos masam tapi aku makan dengan sos cili je..



rasanya?? mestilah sedap sebab buat sendiri tuuuuuuuu

selamat mencuba:)

4 ulasan:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

pakai roti luar tue capati ker lia ???

AziE berkata...

simple je cara membuatnya

Ermayum berkata...

mesti try heheh bila la nak cari tortila ni kat giant ada kan ?

zailamohamad berkata...

Diana,

pakai tortilla lah weh..

Azie,

simple & sedap!

Ermayum,

ada..ada..bahagian bakery:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^