Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 21 Februari 2012

Lagi ! Lagi! Menu Sihat!!

Assalamu'alaikum,

Owh! jangan bosan dengan menu-menu yang aku letakkan di sini..Sekadar perkongsian & rujukan bersama..Menu yang mudah, cepat & enak untuk dimakan pada tekak aku ler..Meh cuba meh:)


salad segar bersama kepingan sosej yang dibakar *nama sendiri bagi* aku campurkan salad, kepingan zuccini & cendawan shitake yang digrill (taburkan lada hitam & lada sulah), anggur hitam, tomato ceri, sos cili, mayonis & perahan lemon

aku bukannya jenis kambing makan sayur semata so aku balance salad ni dengan kepingan sosej juga..

sejak selalu amalkan makan sayur especially tomato ni, en suami dah boleh bawa kereta without his glass on tapi of courselah aku yang tak harap suruh cepat-cepat dia pakai cermin mata balik:D

Sup ketam *ketam lah sangat padahal crab stick jekpon* aku tumiskan bawang putih, halia, bawang merah & cili merah, masukkan air sedikit, sos tiram, lada hitam, lada sulah, garam, gula..pastu masukkan crab stick & sayuran seperti brokoli, carrot & cendawan..Jangan masak lama sangat sebab nanti sayur tu layu & crab stick akan pecah


makan ngan sambal lada (blend cili merah+cuka+garam+gula) takpun perah asam limau..perghhhhh mabeles!

yang ni pula spaghetti bukan aglio alio..teringin nak makan lagi lepas makan di Secret Recipe haritu tapi balik keje singgah Econsave tengok udang takde..frust menonggeng tau...tapi dah kerana teringin nak makan, belasah juga pakai sosej:D

tapi rasanya tak sesedap yang makan di Secret Recipe ah:D

Oklah..kalau ada menu yang sihat lagi aku akan share ya! bye!

4 ulasan:

Iela Fazielah berkata...

hmmm... semua resepi yg sedap lg menyelerakan... crab stick tu yg best

Nurhayati berkata...

sbb ape ku jarang komen diblogmu.. sbb kamu wat entry pasal makannnnnnnnnnn...

tak moh tgk.. sbb nanti rasa nak jugak huarghhhhhhhhhhhhhh

zailamohamad berkata...

Iela,

nampak je sedap tu tapi rasa tak sedap:P

Yati,

alaaa..janganlah gitu..kalau ko nak makan bagitahu je kat aku..nanti aku bagitau yaaaa:)

zailamohamad berkata...

eh silap yati..nanti aku masakkan..tulah mengelamun lagi:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^