Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 30 Januari 2012

Menu Orang Diet

Saje nak tayang menu sihat kami..Cewah!! Takderlah sihat mana tapi Alhamdulillah sejak en suami willing to change his diet..dengan aku-aku sekali terkena tempias..Banyakkan makan sayur & sekarang ni kami dalam proses kurangkan pengambilan nasi..Dalam sehari tu ambil separuh je..

Tapi kalau lepas ni korang jumpa aku masih tak kurus-kurus tu..buat-buat senyap jangan tanya jelah ya=P


Ikan bawal emas stim bersama sayuran; bawang putih, halia banyak-banyak, serai, cili merah, tomato, brokoli, asparagus, masukkan sos tiram sket, garam, gula secukup rasa!!


sayur ni aku lupa nama apa tapi sayur pak choy (kot) ke baby kailan..whatever it is..aku celur sekejap & ketepikan..then panaskan minyak goreng udang (ketepikan) then goreng bawang putih & halia yang dimayang sampai garing & masukkan sos tiram & air untuk kuah sedikit..jirus atas sayur tu..done!!


percaya tak kami makan semua sayur tu *dah macam kambing dah kami ni:P*


ulang tayang ikan bawal emas stim with lots of vege *sampai layu semua sayur tu*


tak tahu nak letak nama apa tapi aku bagi nama grilled meat with blackpepper sauce & stimmed veges..pergh..nama tanak kalah:P Padahalnya rasa biasa-biasa ajork


brokoli, asparagus, capcicum, tomato ceri & mushroom


kebab pita versi aku..gorengkan isi ayam, tabur garam, blackpepper, masukkan capcicum, daun bawang (ke daun kuchai eh) pastu masukkan sos tiram, cili sos..taram je ikut suka:P


sumbatlah dalam roti pita..masukkan salad juga..siaaaaapppppp!!!

Oklah..kalau ada menu yang menarik lagi aku share yaaaaa..bye!!

10 ulasan:

mrs.spicy berkata...

sedapppp..semua ai suka..hehe

mummY daniSha berkata...

sY pun tgh cube nak kurangkan nasi...hehee tu je care nak turun berat badan yg senang kan =)

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

aku suke semua menu2 di bawah nieh :-)

Cho Zila berkata...

memang nampak yummy...yummy.. tuler bila sebut diet kita selalu fikir tak sedapkan.. padahal leh jer makan sedap2kan..
ingat satu kedai makan kat giant yang sediakan menu diet, kedaitu kosongjer.. terus tutup...

littlehumblelynn berkata...

zaila

fuhh!!kalah masterchef ni..

aku pun kena ada plan diet & workout jugak..badan bagai dipam2 ini..huhuhu

zailamohamad berkata...

mrs spicy,

tengok gambar makanan itu terus buatku lapauuuuu

mummY daniSha,

kalau kurangkan nasi tapi takde workout susah juga nak turun berat badan:P

Diana,

cubalah buat;)


Cho Zila

ituler..orang ingat asal diet je kena makan sayur & buah-buahan tapi tak semestinya..yang penting seimbang & kuantiti dikurangkan

Lynn,

jom diet:P

Iela Fazielah berkata...

isy ok ape... semua menu sihat lg sedap... tp kalau laki ila ckp mcm lembu..asyik mkn sayur je... hehe...

Lily@MamaZaraZareef berkata...

nmpak menarik sume menu tuh..beshnye klu kite pon rajin masak mcm zaila..huhu

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

sedapnya. ratah lauk saja pun sedap ni.

Joy berkata...

semua nmpk sedap la zaila...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^