Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 17 Februari 2012

Lagi Menu (Mudah) Sihat

Assalamu'alaikum,

Lagi beberapa menu mudah & sihat untuk perkongsian bersama:)

aku suka tortilla..bangun pagi sediakan tortilla wraps untuk en suami & anak-anak..resepi sama seperti yang dulu juga (refer sini & sini)

Resepi malas malam Sabtu lepas..coral salad with fish fillet & eggs..Tambahkan perahan lemon & sos cili & thousand island / mayonis secukup rasa..done!!

owh ada tomato cherry juga!

 

ni resepi malas juga, masak sekali humban semua:) tumis bawang putih, masukkan daging (rebus dahulu sebelum dimasak), cendawan shitake, masukkan sos tiram, lada hitam, lada sulah, kicap manis, garam & gula..Pastu masukkan sayur (aku tak tahu nama saintifik sayur ni tapi ada dijual di Cameron mahupon pasar tani Kota Kemuning:P)

sedapnya cendawan shitake tu!

 

haritu balik kerja g Jusco Bukit Tinggi beli fillet ikan Dory ni..masa nak masak, aku letak je fillet tu atas kuali then tabur garam, serbuk perencah cukup rasa sket, lada hitam & lada sulah pada dua-dua belah fillet tu..then bakar bersama bawang putih yang dicincang halus..sedap aje!



ghupa ikan ni:) aku suka rasa pahit-pahit bawang putih tu

 

hari yang berlainan, masih makan ikan Dory tapi tambah sayuran juga..macam biasa, brokoli & baby carrot peneman setia:)

nyam..nyam..

Oklah..bye!

3 ulasan:

kasihredha berkata...

semuanya lazat...

maya amir berkata...

arghh! deng..aku baru ckp dgn arjoo, xmo dinner mlm ni..tapi aku dah terlapo bile tgk gmbr tortilla tu..ayoyo! ;)

bada berkata...

sedapnye...leh masuk master chef 2 :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^