Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 27 Februari 2014

Resepi Mudah Ikan Bawal Emas Masak Masam Manis

 .
Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsikan resepi mudah untuk menyediakan menu ikan bawal masak masam manis. Sebenarnya pagi tadi angan-angan mahu sediakan kari ikan bawal, sekali rempah karinya sudah tamat tempoh. Sungguhlah daku kecewa tapi nak tak nak harus masak juga kan. Jadi terus bertukar kepada plan B iaitu menu ikan bawal masak masam manis dan sudah tentulah cara aku!

Jom intai bahan-bahannya :

- 3 ulas bawang merah *
- 2 ulas bawang putih*
- 2 tangkai serai*
- 1 biji cili merah yang besar (kalau nak pedas guna cili padi)*
- 1 inci halia*
- 2 sudu cili boh
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos cili
- 1 biji tomato (potong dadu kecil, kalau boleh jangan buang isi dia sebab kita nak bagi sedikit rasa masam-masam)
- 1/2 batang timun (dadu kecil)
-  1/2 batang lobak merah (dadu kecil)
-  minyak masak
- garam & gula secukup rasa
- ikan bawal yang telah dietakkan garam kunyit dan digoreng

Cara-caranya :

- Mayang halus bahan yang bertanda *
- Panaskan minyak masak
- Tumis bahan mayang yang bertanda * kemudian masukkan cili boh, sos tiram dan sos cili
- Apabila nampak pekat, masukkan sedikit air panas (air sejuk pun boleh)
- Masukkan garam & gula
- Masukkan tomato, lobak merah & timun batang
- Siap! Curahkan kuah ke atas ikan.

Bahan lain yang boleh ditambah adalah nenas tapi apakan daya bekalan nenas di rumah tiada :)

Bagi aku cukup mudahlah kan? Tak tahulah kalau ada versi yang lagi mudah lagi dari ini. Yang penting anak-anak suka. Bertambah-tambah mereka makan. Untuk ikan, aku gunakan ikan bawal emas kerana isinya kurang gatal berbanding dengan ikan bawal hitam yang biasa tu. Bagi yang tak kenal rupa bawal emas, ini gambarnya :


imej : sumber google

Ikan bawal emas ini boleh dimakan di dalam pantang. Isinya sedap jika dimasak kukus dengan halia dan juga dibakar bersama lada hitam dan kunyit hidup. Jemput like fanpage terbaru aku iaitu "Panduan Berpantang Tradisional & Moden" untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang tips dan panduan yang sesuai untuk ibu berpantang.

Oklah, sehingga bertemu lagi.

Laluan iklan :


Dapatkan set berpantang gaya sunnah di sini :


Untuk mengiklankan produk di blog ini sila email kepada zailamohamad@yahoo.com atau sms ke 012-3228651

Terima kasih.











1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedp,thanks for the recipes. I mkn sehingga jilt jari.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^