Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 27 Oktober 2016

Ashraf Hariz Naik Haji 2016

Assalamualaikum,

Lagi kenangan yang sudah lepas, tak ingat dah bila tarikhnya tapi ini kisah anak teruna Mekla yang bernama Ashraf Hariz yang "naik haji" pada bulan haji yang lepas. Alhamdulillah, seronok juga melihat perkembangan Ashraf di tadika nya, ada macam-macam aktiviti juga yang dijalankan. Walaupun kena berhabis duit sedikit tapi tak mengapalah, asalkan Ashraf seronok ke sekolah. Tahun depan insya Allah akan teruskan di taska ini juga.

Untuk pergi haji ni kena bayar RM95 dapat sekali kain ihram dan beg haji (memang diorang buat macam betul-betul nak pergi haji). Lokasi pula dibuat di Masjid Negeri Shah Alam tapi aku tak pergi pun sebab susahlah dengan anak-anak yang lain. Kalau tak silap haritu Haziq pula ikut rombongan sekolah ke Farm in the City dan kilang coklat di Bangi. Waktu hantar Ashraf pagi tu hujan renyai-renyai, adus sayu juga sebab tak dapat temankan dia "naik haji". Gambar-gambar ini semua ihsan daripada guru mereka.


Balik dari program memang banyak sangat bercerita pasal aktiviti naik haji ni. Budak sekarang memang bertuah sebab kecil-kecil dah ada pendedahan tentang segala apa yang berlaku mengikut musim. Aku dulu waktu tadika ingat belajar ABC dan main gelongsor di perkarangan tadika je, yang lain-lain tak ingat >____<


Comel je tengok anak-anak perempuan pakai telekung solat, hak lelaki pula pakai kain ihram


Tak ramai pun wakil dari sekolah Ashraf, bagus juga sebab senang cikgu-cikgu nak uruskan


Balik tu Ashraf bawa balik kurma, tasbih dan adalah peket susu kambing Wildan. Masa nak pergi tu aku tinggalkan duit RM1 pada cikgu dia untuk "shopping" di sana. Konon-konon balik haji beli kurma ;)


Masa ni sedang melakukan tawaf, ada mini kaabah kat sini. Comel je


Kalau tak silap aku Ashraf cakap pusing 2 kali je, mungkin sebab ramai-ramai dan kesiankan anak-anak maka tak perlu buat macam haji betul :)


Tengok kat mana tu Ashraf oi? Ashraf ni kalau mengikut gurunya, Ashraf seorang yang pendiam. Hermm, pendiamlah sangat. Kat rumah dia lah hero! Kadang-kadang tak tahan nak melayan dia punya auta dan perangai manja kededek tu


Makan kat sekolah dan rumah memang memilih, kalau lauk warna merah memang dia tak akan sentuhlah. Waktu kecil montel aje sekarang ni kurus cekeding


Tahun depan Ashraf masih bersekolah di tadika ini. Harap-harap yuran tak naiklah kan :P

Oklah, nak keluar ambil Haziq dan Husna di sekolah pula. Entri kali ini takde iklan tapi bagi sesiapa yang mahu letak iklan di blog Mekla boleh Whats App 012-970 6828. Hanya RM10 dikenakan bagi setiap entri. Murah je tu uols, mana nak cari iklan semurah itu tau :)

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^