Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 29 Januari 2013

Berpantang Moden Ke Tradisional

Assalamualaikum,

Bosannya bila buka blog sendiri..Dah takde idea sangat untuk dimerapukan. Biaserlah, ahkak kan dalam pantang..Takde apa yang menarik sangat, nak keluar rumah tak boleh melainkan ulang alik ke hospital check up baby Azzam Haneef. Other than that memanglah membosankan *sigh*

Kalau masa mengandung aku memang ligat berjalan, sekarang ni macam mati kutu aje duduk kat rumah..Anak-anak pon kalau hujung minggu pon sampai menangis nak keluar rumah. Nasib baiklah en suami rajin layankan mereka bawa jalan-jalan ke Jusco, paling koman pon ke Econsave depan rumah beli barang dapur..Tinggallah aku & baby Azzam Haneef kebosanan..Kalau baby tidur pon bukannya aku boleh tidur juga, macam-macam benda kena buat; sapu sampah, basuh kain, lipat kain, sidai kain, masak, kemas rumah & the list goes on...

Mesti ada yang terkejut kan? Bagi aku dah biasa dalam pantang kena buat semua benda..Al mklumler...bila berpantang sendiri ni nak harapkan siapa lagi kalau bukan diri sendiri..Memang en suami banyak membantu tapi tak boleh nak harapkan padanya 100% sebab kalau hari kerja, kesian juga balik rumah pon dah penat..Alhamdulillah setakat ni Allah masih berikan kekuatan untuk aku melakukan semua benda

Tajuk bukan main lagi kan..Actually aku nak bagitahu aku ni tergolong dalam golongan yang berpantang cara  ikut suka, takderlah terikat kepada pantang larang sangat tapi at the same time tetap berhati-hati. Macam kalau diikutkan orang tua percaya tak boleh pegang penyapu sebab takut "bentan" tapi bagi aku yang berpantang sendiri ni kalau tak pegang penyapu alamat dia rumah jadi sarang semut & tikuslah jawab dia:P Lagipon kalau ikutkan doktor kena banyak bergerak supaya badan keluarkan peluh & darah pon senang mengalir..Memang ada pro & kontra so aku akan ikut mana yang termampu jelah

Kalau berpantang dengan orang tua tak boleh minum air masak banyak sebab takut perut buncitlah badan berairlah tapi kalau ikutkan doktor kena minum air banyak-banyak supaya susu ibu pon bertambah (logik juga sebab kalau badan kering macamana susu nak ada), dari segi makan pun, kalau ikutkan petua orang tua konpem hari-hari berlaukkan ikan bakar & sayur sawi aje (tupon setengah orang tua tak bagi makan sawi sebab alasan sejuk) tapi bagi aku semua sayuran yang aku yakin tak sejuk aku makan aje especially lobak putih yang bagus untuk penghasilan susu. Menu pon aku pelbagaikan juga, goreng dengan menggunakan minyak yang sikit, stim & banyakkan pengambilan halia & lada hitam juga. Kalau buah pula aku hanya makan buah limau sebagai sumber vitamin C untuk menyembuhkan luka..kalau ikutkan orang tua tak bagi makan ni takut tajam..HAHAHA

Kalau diikutkan memang banyak petua & pantang-larang orang dulu-dulu yang adakalanya bagus untuk diamalkan & ada juga yang seperti tak perlu diamalkan (seperti contoh yang aku berikan di atas). Apa yang penting selepas bersalin kena cepat berurut & bertungku kerana dapat menguatkan badan. Alhamdulillah kali ni aku dah bertemu dengan tukang urut yang sesuai & selepas urut & tungku selama 3 hari rasa badan ni semakin bertenaga & bila jumpa doktor pon doktor cakap rahim dah mengecil & berada di tempat asal..Pada sesiapa yang inginkan contact tukang urut tu bolehlah email aku. Tukang urut ni merupakan cikgu yang mengajar kelas urutan so jangan risau, dia memang berkemahiran & mempunyai sijil urutan lagi:) *promote sekejap sebab aku memang sukakan servis dari dia*

Yang penting kita tahu keadaan diri, kalau rasa luka bersalin masih sakit janganlah lasak sangat & kalau rasa badan sejuk tu pakailah stokin atau pergi berurut atau sapu minyak panas. Kena sentiasa berfikiran positif & pada suami tu, kenalah sentiasa ringan tulang & menjaga hati isteri..ehem ehem


Pemangkin semangat untuk isteri berpantang:-)

Mana taknya..lepas ni kena tinggal sebab en suami nak ke Myanmar meeting..oh hati bertabahlah!!!

Cepatlah habis pantang..aku tak sabar dah nak cium bau shopping malllllllll


3 ulasan:

CeqGu berkata...

umi anis nurse,makanya pantang2 tolak ke tepi.....tapi ada gak la yg pantang sikit2. perghhh dapat seketul beg coach tu......bleh la beranak lagi kot2 dapat beg LV pulok hehe

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wahhhhhhhhhhhhhhhh coachhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

mama leen berkata...

wowwwwweee... bestnya

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^