Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 16 Januari 2018

Ruang SOHO 2018

Assalamualaikum,

Selalunya awal tahun memang semangat atau azam tahun baru masih berkobar-kobar lagi. Alhamdulillah, tahun ni blog kembali aktif macam dulu. Syukur Allah bagi kesedaran supaya cepat-cepat "move on" dan jangan fikir masalah orang lain selain dari majukan diri kita sendiri. Apabila blog aktif, rezeki pun tak putus-putus masuk. Syukur, blog merupakan salah satu sumber rezeki aku juga :)

Setiap tahun ruang SOHO (small office home office) aku berubah. Maklumlah, nak bekerja ikut kesesuaian tempat dan lokasi. Tahun ni masih memilih dalam bilik tidur (sebelum berpantang bolehlah, nanti lepas ni kena turun bawah pula) dan selepas 4 daripada 6 anak ke sekolah, aku punyai ME TIME selama 4 jam, jadi 1 jam telah ditetapkan untuk mengemaskini blog.


Syukuri apa yang ada. Walaupun ruang SOHO mengadap kipas penghawa dingin (ko hade?) tapi yang penting idea untuk menulis tak pernah putus. Mungkin kadang-kadang hanya ulang cerita dari aktiviti di facebook, tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya blog boleh simpan seribu kenangan.
 
Tahun ini moga aktiviti jualan aku lebih terurus dan kewangan lebih kukuh. Ikutkan pengalaman yang lepas, memang hujung tahun semuanya ke laut dalam. Hu hu hu Tahun ini walaupun takde simpanan tapi seboleh-bolehnya aku mahu gembirakan insan yang banyak berjasa buat diri aku iaitu mak ayah dan en suami. Jom kita usaha lebih lagi, ada banyak cara untuk zahirkan kebahagiaan dan kasih sayang buat mereka.
 
Oklah, semalam terjumpa gambar inspirasi hijau di ruang SOHO. Sumber dari fanpage : Recommmend.my


Kawan aku cakap kalau pasu jatuh atas kepala susah juga >___<


Cantik pokok hiasan fig ni, memang dalam plan nak beli buat hiasan letak dalam rumah juga, tapi nak beli yang pokok hiasan lah, kalau hak hidup masih tak mampu nak jaga

 
Yang ni simple sahaja tapi menarik
 

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk hias ruang SOHO kita, bergantung kepada budget dan kreativti masing-masing. Macam aku memang sejenis kedekut dan pemalas (kot) jadi memang hias seminimum mungkin. Yang penting biar kerja jalan dan dokumen disimpan di tempat sewajarnya.

Oklah, nak keluar pos barang. Insya Allah ada masa boleh menulis lagi. Bye!

Isnin, 15 Januari 2018

Resepi Jagung Rebus Viral Noxxa

Assalamualaikum,

Sekarang ini cuaca sejuk kan? Ramailah yang update status kat facebook fefeeling macam duduk oversea. Kalau dah sejuk tu, faham-faham jelah, mesti cepat lapar. Sambil-sambil berehat di hujung minggu sempat juga aku buat jagung rebus viral tapi versi sendiri lah. Tak cukup bahan dan lebih menyihatkan (sudah semestinya kurang gula).

Resepi aku ;-

3 tongkol jagung (sebab ada 3 aje, kalau ada lebih lagi sedap) dipotong pendek, air masak, separuh tin susu pekat manis, garam 3 sudu dan mentega 3 sudu besar. Semalam tabor keju mozzarella sebab kebetulan ada stok dalam peti sejuk. Tutup Noxxa Pressure Cooker dan tekan HP6 min.


Air tu jangan banyak sangat. Nanti kuah cair tak sedaplah uols


Sebenarnya ikut resepi hanya HP3min je tapi biasalah Mekla kan suka bantai tekan aje, yang penting siap dan kuahnya sedap dihirup panas-panas. Tapi Mekla rasa kalau tak letak keju lagi sedap kot sebab bila letak keju ni macam ada bau keju sket. Anak-anak pun tak berapa suka sangat.


Sejuk-sejuk nikmat sangatlah hirup kuahnya. Husna dia rajin sket dia p potong isi jagung buat ala-ala corn in the cup. Pun sedap!

Ini resepi asal daripada kawan Mekla :

- Jagung 3 biji atau lebih
- 1 tin susu cair
- 3 sudu besar susu pekat
- 1 cawan air
- 4 sudu besar planta
- secukup rasa gula & garam (kalau tak suka manis baik letak garam je)
- keju cheesedale

Buat HP3 tekan Start. Siap

Bermula hari ni ada promosi Noxxa Pressure Cooker dapat PERCUMA Speedy chopper. Kalau nak beli laju-laju Whats App 012-970 6828 tau.

Berbaloilah uols beli barang pastu guna. Yang tak berbaloinya beli pastu tak reti nak guna. Hew hew hew

Oklah, selamat mencuba ya :)

Jumaat, 12 Januari 2018

Daybed Untuk Ibu Berpantang

Assalamualaikum,

Amboi tajuk bukan main lagi. Maaf ya, aku masih belum bersalin cuma nak "tayang" daybed yang dibeli sempena mahu berpantang anak ke 7. Macam poyo je sebab anak ke 7 kot baru sibuk-sibuk nak beli katil. Ha ha ha

Bak kata iklan "Kerana diriku begitu berharga". Sebenarnya dah lama teringin nak beli daybed (katil tengahari ke?) memandangkan kat rumah ni dah kosong takde perabut. Sofa lama semua dah selamat dibuang. Maklumlah, nak bagi nampak ruang lebih luas sikit tapi bila nak berpantang ni terpaksalah beli (cewah guna ayat terpaksa tu) daybed untuk diri sendiri memandangkan awal-awal tempoh berpantang aku akan berada di ruang bawah sahaja. Mungkin selepas berpantang, boleh letak dalam bilik anak dara pula.


Abaikan ruang belakang yang kena conteng tu. Biasalah hasil kerja anak-anak. Tahun 2018 angan-angan nak deko rumah tapi tak tahulah bakal tercapai ke tak memandangkan jumlah ahli keluarga rumah pun sudah bertambah. Kita doakan aje moga rumah tidak bersepah macam selalu #prayforrumahMekla

Sebenarnya terinspirasi dari daybed Ikea ni tapi yang aku punya tu beli di kedai perabut biasa je. Cantik juga kan uols?
 
 
Kalau ada rezeki nanti nak beli bantal banyak-banyak. Alahai harapnya lenalah tidur dalam pantang nanti tapi mengikut pengalaman yang lepas macam susah je T____T"
 


Gambar yang ni serupa dengan daybed Mekla cuma biasalah gambar ambil dari internet jauh lebih cantik dari gambar Mekla


Siapa ada jual bantal-bantal kecil comel macam ni? Boleh tinggalkan no Whats App ya


Lawa pula tengok contoh-contoh bantal yang ada ni. Sekarang ni aku selesa beli belah dalam talian aje (online) bukan apa, kepala tak serabut dengan anak-anak dan prosesnya pun mudah.

Uols kalau nak beli tilam, mehlah beli dengan aku. Mekla pengedar sah tilam jenama Dreamland tau. Kat rumah ni pun pakai jenama Dreamland dah nak masuk 2 tahun, Alhamdulillah masih keras (selesa) macam mula-mula beli juga. Badan mak buyong yang sebesar dugong ni pon tak sakit-sakit badan lagi. Kalau tilam lama, bila dah baring (tidur) nak bangun tu rasa seksanya sebab diri sendiri tenggelam dalam tilam. Ha ha ha

Boleh Whats App 012-9706828 kalau nak Tanya harga. Aku ada juga buka kutu bulanan untuk tilam ni. Kalau beli waktu promosi pun best juga sebab dapat barang free. Selain tilam, kepala katil dan badan katil pun ada dijual. Ini entri aku dulu mengenai hadiah ulangtahun perkahwinan adalah tilam :P

Oklah sehingga berjumpa lagi. Terima kasih kerana sudi membaca blog Mekla ni :)

Atasi Bau Hapak Pakaian Lembab Dengan Sabun SA8

Assalamualaikum,

Hari ini Jumaat sudah memasuki hari terakhir minggu kedua persekolahan. Alhamdulillah, anak-anak sudah mulai ikut rentak hari persekolahan di mana kena tidur awal dan bangun awal. Syukur juga setiap hari aku masih konsisten menyediakan bekal buat anak-anak. Pagi ini hanya goreng nasi bersama lebihan sardin (semalam buat roti sardin dan roti sosej) maka terhasillah nasi goring sardine. Tambah sedikit telur dadar. Ada anak yang tak suka nasi goreng pula memilih untuk bawa bekal nasi putih tuang kicap dan telur dadar. Tak mengapalah, asalkan berbekal.

Cuaca di Kota Kemuning sekarang asyik mendung dan hujan gerimis sahaja. Bukan mengeluh tapi ramai yang mengadu kain bertimbun basah dah hapak jika tidak kering. Bagi aku, masalah kain bau hapak sudah lama diatasi sejak menggunakan sabun dari Amway iaitu SA8. Setiap hari pun basuh baju, maklumlah anak ramai, lepastu adalah pula hak jenis suka kencing malam (nama dirahsiakan) lagilah bertimbun-timbun pakaian kena basuh setiap hari. Selalunya sidai di luar rumah (bawah balkoni) memang tak akan kering sempurna, petang tu suruh anak-anak angkat masuk bakul, esok kena sidai lagi. Memang takde dah bau hapak kain basah, kalau dulu sampai anak-anak komplen baju ada bau busuk.


Gambar sekadar hiasan. Waktu ni hujan tengah malam, kami baru balik dari Prince Court.


Biasalah, ramai yang tak tahu kelebihan sabun ni akan cakap "harganya mahal" tapi bagi aku sejak menggunakannya memang terasa penjimatan tu. Nak-nak kalau beli yang kotak 3kg, lama juga lah baru boleh beli lain. Yang bagusnya, mereka yang ada alergik dengan sabun pencuci sesuai sangat menggunakan sabun ni sebab nanti tangan tak pedih, nak rendam dulu pun takde masalah malah kalau terlupa nak basuh semalaman, air rendaman tak  berbau pun. Aku pernahlah buat eksperimen dulu, lebih dari 1 malam pun (padahal pemalas) dan ternyata tandas takde bau busuk hapak pun.


Kalau mereka yang ada anak-anak bersekolah tu boleh guna SA8 Prewash. Sembur-sembur aje di kolar baju sekolah anak-anak dan biarkan sekejap dan basuh macam biasa. Selalunya akan hilang kotoron atau daki tersebut. Kalau kotoran degil sangat mungkin boleh cuba buat beberapa kali. Kalau baju kerja suami uols kuning tang ketibus tu, elok benarlah guna sabun ni. Baju tak rosak, uols pun boleh jimat duit tau :)

Satu kelebihan yang aku perasan adalah kain baju selepas kering pun tak akan jadi keras kejung macam selepas guna sesetengah sabun pencuci. Helloooo, Mekla kan surirumah, jenama sabun apa tak cuba baik cecair mahupun serbuk semua dah guna. Tapi sabun SA8 sekarang menjadi pujaan hatiku, tambah-tambah bila beli dan pertengahan bulan dapat rebat dari Amway. Haa nak tahu caranya? Whats App 012-970 6828 kita sembanglah lebih lanjut tau.

Oklah, hari Jumaat nak kena ambil anak-anak dari sekolah awal sedikit. Nanti petang aku update blog lagi ya. Semalam tak sempat sebab sibuk uruskan anak-anak. Bye!

Selasa, 9 Januari 2018

Karpet Tatami Murah Penyeri Ruang Tamu

Assalamualaikum,

Lumrah orang perempuan ni suka membeli. Macam aku, kalau ke Plaza GM Klang mengambil stok barangan parti harijadi memang selalunya tak akan menyinggah mana-mana kedai. Maklumlah, nanti makin susut pula duit dalam poket :P

Tapi hari Ahad yang lepas terpandangkan satu kedai menjual kertas dinding dan ada pula karpet lembut atas meja penjual. Saje Tanya-tanyakan harga dan saiz, rupa-rupanya murah juga sebab tak sampai RM100 dan saiz katil Queen. Apalagi, terus "angkat" satu. Sebenarnya dah lama cari untuk letak depan TV, tempat anak-anak bergolek santai. Hari ini terpandang pula iklan di facebook pasal karpet ni, memang ada ilmu "saka" betul penjual online ni. Bila kita selalu tulis je perkataan tu mesti iklan akan terpampang dalam facebook kita.

Rupa-rupanya karpet ni dipanggil TATAMI. Jenis lembut, melekat pada lantai dan mudah dibasuh dengan mesin basuh. Wah siap promosi baik punya cuma aku tak jual ya. Kalau uols nak beli pergi cari sendiri di Plaza GM Klang. Mungkin kalau ambil banyak dapat harga murah lagi.


Abaikan rumah bersepah. Sejak anak berderet ni memang takde istilah rumah kemas macam rumah contoh pemaju T___T"


Yang ni gambar dari iklan di facebook. Boleh like fanpage Homestuffbynadiayu Sama kan corak dengan karpet yang aku beli :)

Kat bawah ni semua gambar-gambar yang aku ambil dari iklan facebook dan fanpage pemaju rumah. Saje tepek kat sini untuk rujukan akan dating. Mana tahu nanti nak deko rumah macam ni. Aku ni tak suka deko sarat, sekarang kan trend Scandinavian (Ikea style) banyak kan?


Mula-mula nak corak karpet macam tu tapi dah habis stok lah pula. Takpe nanti kalau ada stok kita rembat satu lagi


Ruang terhad deko macam ni pun dah lawa kan?


Yang gambar ni rasanya bukan karpet tapi sejenis "rug". Kalau di Ikea ada banyak dan harga pun boleh tahan juga.

Oklah guys, tak boleh nak kongsi banyak-banyak gambar. Nanti ada masa aku kongsi gambar lain pula. Sekarang ni asal jumpa gambar lawa kat dalam facebook terus simpan dalam henset. Manalah tak penuh memori telefon tu!

Boleh ikuti aku di facebook : Zaila Mohamad atau Instagram @zailabinimdae ya. Hingga bertemu lagi. Bye!

Isnin, 8 Januari 2018

Deko Mudah Bersama Kertas Dinding Kaison

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya tak deko rumah. Sejak bersalinkan Arman mood mendeko memang ke laut. Tambahan sibuk menguruskan anak-anak membuatkan aku terlupa sekejap hobi lama ni. Tahun lepas, sambil-sambil sibuk menguruskan anak-anak dan bisnes (acah-acah bisnes je) sempatlah buat perubahan sikit pada ruang dalam rumah ni. Itupun memang deko versi budget. Sekarang ini kan ada banyak tempat yang jual kertas dinding yang murah-murah. Nak tapal pun senang aje sebab hanya perlu koyak dan tampal. Tak macam kertas dinding zaman dulu yang perlu tampal dengan gam. Tapi bagi aku, kertas dinding yang tampal pakai gam tu yang berkualiti sebab tebal dan ada corak 3D tapi atas pilihan masing-masinglah kan.

Macam aku ni hanya nak tampal bahagian tangga yang aku tutup dengan simen masa ubahsuai dapur dulu. Memang dah penuh dengan contengan anak-anak jadi terfikir nak tampal dengan kertas dinding dari Kaison sahaja. Kebetulan ada seorang kawan alam maya (member facebook) yang ada buat PS (Personal Shopper) barang-barang Kaison, jadi apalagi terus minta khidmat dia untuk belikan. Aku beli 3 gulung aje, harga 1 gulung RM19.90 tapi sebab guna khidmat PS kawan aku cas RM25 segulung. Oklah kan sebab aku pun tak daya nak pergi Kaison di Setia City Mall tu. Nak berjalan nak parking. Tak larat dah aku nak buat semua tu.

Bila dapat je terus pasang walaupun sebenarnya tak reti. Semangat yang mengatasi segalanya. Masa ni en suami takde, dia ke Miri kot (tak ingatlah) jadi konon-konon nak bagi kejutanlah kan.


Aku suka corak macam ni. Orang kata tema Morocco. Kalau tiles corak macam ni pun lawa. Sebenarnya deko macam ni sesuai letak kat dapur tapi biasalah aku, suka buat kelainan dan bila siap Nampak ok je (biasalah sendiri pasang sendiri puji). Maklumlah yang nak mengadap tengok setiap hari adalah diri sendiri kan :P


Yang ini pula ada lebihan tampal kat ruang mendobi. Lepas tu letak cabinet hitam untuk isikan barangan seperti sabun dan perkakas DIY en suami. Yang penting sabun Amway tu. Kat rumah ni memang guna sabun Amway sebab jimat dan bersih.


Sekali pandang macam lawa kan? Dua kali pandang macam serabut. Kah kah kah


Yang ni pula pandangan kertas dinding yang aku tampal kat tangga. Sikit je pun dan tak habis satu gulung. Waktu ni anak-anak bergotong-royong nak pasang rak buku Billy yang dibeli di Ikea. Nak tengok ke? Kenalah komen "Nak" ya :P


Dalam bilik tidur pun aku pasang juga tapi jenis bunga-bunga. Mula-mula tu beli sebab nak letak dalam bilik Husna tapi sebab sakit mata tengok bilik sendiri yang penuh dengan gambar hasil tangan anak, maka aku minta bantuan Haziq pasang. Kalau tengok dekat memang haru tapi peduli apa. Bukan nak buat "show room" pun kan?

Dalam bilik anak-anak lelaki pun aku ada beli kertas dinding bergambarkan Cars. Nanti aku kongsikan gambar. Kalau ada duit nak beli letak bilik anak dara pula. Pelan-pelan kayuh bak kata orang tua :)

Oklah ni nak promosikan beg bertali (material plastic) khas untuk majlis harijadi anak-anak uols. Ada banyak lagi pilihan. Boleh like fanpage BARANGAN PARTI HARIJADI di facebook atau Whats App 012-9706828 untuk sebarang pertanyaan.



Terima kasih kerana sudi membaca blog aku. Boleh follow Mekla di Instagram @zailabinimdae atau Facebook : Zaila Mohamad. Bye!

Jumaat, 5 Januari 2018

JJCM : Warung Imam Muda Jalan Kebun

Assalamualaikum,

Penatnya hari ini sampaikan nak update blog pun tak sempat. Penangan minggu pertama persekolahan. Syukur, anak-anak semakin dapat menyesuaikan diri dan seawal 7.10 pagi masing-masing sudah keluar ke sekolah dihantar oleh papa mereka.

Jom #throwback gambar sarapan hujung minggu yang lepas. Kebahagiaan seorang surirumah apabila sang suami bawa keluar makan di kedai. Walaupun sebenarnya boleh masak sendiri tapi sesekali kasi can lah makan masakan kedai juga. Setiap pagi selalunya selepas en suami balik dari surau, aku dan si dia akan keluar bersarapan di kedai makan berhampiran dengan rumah. Anak-anak? Selalunya mereka mahu sambung tidur je sebab nak qada tidur yang diambil waktu pergi solat subuh berjemaah di surau. Kalau hari cuti, selalunya selepas solat akan ada kuliah subuh sehingga pukul 7 pagi dan bila balik rumah tu masing-masing sibuk cari bantal aje. Kasi can mama dan papa keluar berdating sekejap. Kadang-kadang bawa Arman ataupun Aaliyah sekali.

Ahad lepas aku singgah makan di satu kedai yang agak terkenal di Jalan Kebun iaitu Warung Imam Muda. Kalau tak silap, pemilik ni pernah menyertai rancangan IM yang dianjurkan Astro dan sampai sekarang lekat nama tu. Lagipun memang pemilik seorang imam di surau pun. Elok sangatlah nama warung pun begitu. Setiap pagi memang penuh dengan penduduk tempatan bersarapan di sini. Kadang-kadang terserempak dengan Jemaah Surau Al Hijrah.

Aku suka juga bersarapan di sini memandangkan keadaan kedai yang bersih dan menu tak banyak sangat jadi dating hanya untuk makan dan siap makan terus balik. Selalunya waktu pagi menu yang ditawarkan adalah nasi lemak, lempeng bersama sambal ikan bilis, bubur nasi, mee jawa, soto dan teh pudina. Kalau tengahari pula femes menu kambing bakar dan ayam penyet atau lele penyet. Setakat ini aku masih belum berpeluang keluar makan tengahari di sini lagi. Insya Allah kalau ada rezeki nanti boleh cuba makan tengahari di sini.


Nasi lemak ayam berempah menjadi pilihan Mekla :) Mak buyong kena makan nasi agar tidak menjadi naga


Maafkan gambar yang bergegar tu. Yang penting keadaan warung adalah bersih dan diiringi alunan nasyid (maklumlah warung pak imam kan)


Senarai menu yang ada. Tak banyak tapi semua boleh dimakan :P Harga juga berpatutan dengan nahagian yang dihidang.


En suami pilih mee jawa. Walaupun kami bukan orang jawa tapi boleh je telan mee jawa :P

Selepas sarapan, selalunya kami berdua akan ke Segi Fresh berdekatan dengan rumah untuk "intai" ikan segar. Aku suka beli ikan di sini berbanding di Econsave berhampiran rumah. Selalunya paling menawan adalah kepala ikan. Dah banyak kepala ikan merah kami rembat di sini. Siap bekukan dan bawa balik pada mak aku di kampong lagi. Ha ha ha


Ada banyak pilihan ikan dan kalau pergi waktu yang tepat dapatlah beli ikan yang segar.


Sanggup tunggu pekerja keluarkan kepala ikan merah tu. Kadang-kadang kepala ikan tenggiri pun ada


Selain itu sayuran kampong juga menawan hati aku. Tapi tak beli semua sebab tahu aku spesis malas masak dan anak-anak bukan makan pun. Selalunya aku beli pegaga untuk rutin jus hijau kami. Nanti aku kongsikan jus-jus yang kami buat dan minum. Stok epal hijau di sini pun sedap juga berbanding epal hijau Econsave. Ha ha ha Sampai rasa semua pun dah hafal tau


Tembikai pun boleh tahan murah juga tapi haritu dekat Econsave lagi murah. Ini semua bekalan selama seminggu. Banyak beli buah dan sayuran hijau untuk buat jus sahaja. Kalau masak tu macam jarang sangat sebab anak-anak tak suka makan sayur. Hu hu hu Alternatif terbaik adalah dengan membuat jus untuk mereka. Ada jus oren, lobak merah, epal hijau dan untuk aku dan suami tambahan peria, pegaga dan seleri atau nenas. Sedap tau.

Oklah hingga jumpa lagi. Bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^